Selasa, 7 Disember 2010

Oh!!! nasi Kerabu..

assalamualaikum dan salam sejahtera..lama tak update blog aku neh..adehh
maklumlah busy pikir pasal benda benda entah apa2 jer aku neh,,(bajet pemikir hebat)
haha sebenarnya aku tak der idea la nak tulis apa kat blog aku nie ermmm..
malam nie baru timbul nafsu nak update blog nie..haha gersang gila kau tahu..

aku buat2 busy..hehe
pertama sekali aku tengah bercuti sem sekrang nie...sila..pikir apa yang aku isi masa masa terluang dan membosan aku nie ..jeng jeng........abra kadabra...*makan banyak2 boleh* haha


setiap pagi aku akan cari nasi pagi2 lagi haha ada rupa pagi ker..eh eh tak percaya masa aku pergi kedai mak cik tu dia tak bukak lagi tau...."akak jual nasi tak hari nie" dialog berbunyi lebih kureng macam tu lerr..
hampir setiap hari nasi kerabu menjadi menu aku haha..sila percaya...
mesti parapembaca kau tertanya kenapa aku suka makan nasi kerabu nie..berikut merupakan sebab aku tak pernah mencemuh nasi kerabu neh..sila hayati dengan menelan air liur...glup glup:
sedapnya...esok nak beli lagi haha

  • nasi nie semestinya sedap..tak kan aku boleh makan kan..
  • nasi nie mengenyangkan..rasa penuh jer esofagus aku boleh?
  • nasi nie berkhasiat kerana tidak berminyak seperti gulai ayam ker gulai kambing ker..kering jer nasik dia..
  • tambahan pula nasi nie penuh dengan ulam ulaman..baik untuk awek muda..awek2 sekalian sila amal yer!!
  • nasi nie makan sudah cukup rasa dia isi ikan dah digaul sekali dengan sambal kelapa..tak peluru perlu tambah lauk..nak tambah pom boleh bayar lebih ok!! jimat kan..


ok puan tuan semua setakat itu dahulu yer resepi tips kelebihan nasi kerabu, untuk hari ini..
mungkin entry akan datang akan di bahaskan pula cara2 nak buat nasi kerabu boleh kan..
ok tata...

Khamis, 14 Oktober 2010

Bila Service Peti Ais..

Selamat pagi..kepada semua..untuk pengetahuan semua aku tulis entri ini pada waktu pagi ok...

terkejut kucing, tengok jam henset aku pukul 7.25 a.m kau tahu...subhanAllah....subuh gajah aku pagi nii...naseb baik pagi ni tak der kelas..kelas start pukul 10 a.m sempat service peti sejuk lagi haha wehh apa kaitan??


macam ni la rupa frost dalam peti ais tu..percaya??

ermmm sebenarnya semalam aku tekan button for defrost ...bangun tengok pagi nii dah penuh dah air dalam dulang bekas tempat air buang peti itu..cepat-cepat aku ambik dan buang ke dalam gelas sinki....tapi masih ada lagi saki baki frost kat dalam peti tu so aku off terus peti dan tunggu frost tu betul2 cair..lepas tu aku on semula,,,uishh ada macam cara cara nak buat kek tak haha....

peti ais ku sudah bersih..

sebab tu la sekarang neh peti sejuk dh tk de frost sebab tak nak menyusahkan manusia..ko tahu..
selagi boleh guna guna sajalah yang lama..boleh!!

~~berjimat cermat amalan mulia..~~

Isnin, 11 Oktober 2010

Terkejut Edisi..Khas..

Selamat petang semuanya...baru jer tadi aku dapat friend request kat FB aku..aku tengok satu jer common friend..so aku approved saja lah sebab dia nak friend dengan aku...nak dijadikan modal untuk aku tulis blog neh dia tanya...kau nak tahu apa..jom baca dialog yang salah format kat bawah ..tak per bukan SPM nehh..




akak:   salam..
aku:     salam kenal..
akak:   maaf yer nak tanya kenapa muka tak sama dengan gambar yang kawan saya hantar kat         email saya..dia suruh saya add FB dia dengan nama Hilmi Zamri ..maaf lah yer salah orang kot..
aku:    huhu yer ker saya takot dah ni akak..macam mana dia boleh terlintas nak guna nama profile FB saya  tu..haua hua..
akak:  ermm tak tahu lah akak type nama Hilmi Zamri kuar nama adik seorang jerr...
aku:    ermmm tak tahu lah saya tu akak may be salah orang kot..hati hati akak..bahaya..
akak:  ermm ni dia hantar nama lain pulak suruh akak add..akak dah layan tak layan dah..




dah dah siap baca dah lebih kurang dialog aku tadi dengan akak tu..huhu tak tahu nak cakap apa..aku pun cuba la search kat FB neh ada la 2,3 lagi nama Hilmi Zamri..uishh akak tu cakap aku sorang jerr.. tipu lahh..

ini dia senarai Hilmi Zamri tu..


jangan main main..nanti terjatuh,,huhu

moral of  the story jangan main main cinta dengan FB haha..aku risau nehh..

Selasa, 5 Oktober 2010

Hari Raya....Jabatan Matematik..

Peristiwa nie berlaku pada hari khamis minggu lepas...kita orang semua dah excited kucing nak makan wiskes nehh pagi pagi lagi gosok baju Melayu..nak pakai masa jamuan tu lah...
warna-warni suasananya...colourful..siap dengan bersamping lagi..tapi haha aku tk pakai songkok la sebab aku pakai kopiah bolehh...?? samping pom pinjam haha..kebetulan ada colour biru cocok dengan baju aku...

with Acap...

set umah sewa..

banyak la makanan tradisonal dan yang sinonim dengan hari raya dihidangkan..meriah sekali semua pelajar major matematik hadir..senior,,junior..semua ada dapat laa kenal..budak budak sekursus dengan aku haha..kita orang jarang jumpa sebenarnya..sebab berlainan batch ..nilah masanya dapat berjumpa..sekadar kenalll ohh tu budak math...volehh!!!


makan cikit cikit jerr..

selepas tu apa lagi merasa lah semua makanan yang ada dihidangkan atas meja tu...sambil gelak gelak sopan kami semua dalam dewan tertua kat IPG ni kau tahu haha..tk boleh gelak ganas ganas..takottt ..


selepas itu sesi bergambar pulak dengan rakan rakan sekelas..nehh....ada padang dekat dengan dewan tu yang jadi latar belakang gambar..hari tu...cantik kan haha ...apa lagi tengok la 2,3 keping gambar yang ada nehh..
..bolehh..haha


hari raya hari yang ceria...

mathematics/bi/pj..2..

Rabu, 8 September 2010

selamat hari raya..maaf zahir dan batin..


assalamualikum warohmatullah hiwabarokatoh...bagi menyempurnakan cehh macam nak buat pengumuman raya pulakk ..eh eh..ingat dah istihar tau raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat...10 september 2010..alhamdulilah tahun ni 30 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan...tambahan pula hari raya hari kemenangan bagi umat Islam jatuh pulak pada hari penghulu segala hari iaitu hari Jumaat,,,



          pertama sekali aku nak ingatkan korang semua raya raya jugak..hari raya tu hari Jumaat yerr jangan lupa pulak
solat Jumaat....aku cuma mengingatkan saja diri ini dan semua kot kot terleka.,,adehh..

           kedua aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua kawan kawan aku tak kira lah semasa di sekolah rendah dulu ke sekolah menengah ke di IPG kerr..selamat hari raya semuaaa...maaf zahir dan batin..(ayat biasa ucapan hari raya hehe)


akhir sekali.. kata special tk special jugak untuk semua classmate aku selamat hari raya ku susun sepuluh jari memohon maaf jika ada silap dan salah..maklumlah aku suka kacau korang semua haha...


Isnin, 30 Ogos 2010

masuk sekolah rendah semula.

ermm dah dua hari dah wat SBE kt sekolah nehh...nasib baik minggu ni 4 hari jer sekolah..kenapa yerr..
ohh lupa pulak esokkan hari Merdeka haha..tanggal 31 bulan 8 , 57 merdeka merdeka tetaplah merdeka ia pasti menjadi sejarah....


sebelum tu nak cerita pasal pengalaman berasaskan sekolah di SKOT 1 nehh..GB nama dia Tn Hj Harun bin Kadir.. beliau amatlah sporting sekali..dia cakap cara dia menguruskan sekolah ini adalah menggunakan kaedah hospital..ermm tertanya tanya??? yerlah kan kalo di hospital semua pasal penyakit ada diceritakan kita cuma ambil jer pemplet yang disediakan wow!! aku fikir bagus jugak cara GB nehh..buat..aha dapat idea ..


ahh bukan macam tu dia cakap semua unit di sekolah ini perlu menyediakan pemplet berkaitan dengan unit masing masing..jadi setiap cikgu yang datang nak tahu pasal sekolah ni dia cuma memberikan semua pemplet yang ada di dalam bilik beliau..aha senang kan tk perlu susah susah aku nak mencari kesana kemari berlari lari kecil cari maklumat pasal sekolah nehh.dh lah bulan posa.:)

tapi aku tk perlu pom benda tu semua sebab tugasan aku yang diberi oleh lect tak der kaitan dengan smeua itu..cuma nk list name pelajar sekelas..lepas tu tangkap gambar pasal tesselation jerr..ermm kat mana nak cari yerr?
??

hari kedua ada la aku masuk kelas darjah 5 masuk sekali dengan cikgu math..nak tengok cara mengajar...ermm
dapatlah sedikit sebanyak ilmu ..cara ank urus kelas...uishh susah jugak nak kawal murid murid nehh tu darjah lima umur 11 tahun tak tahu lah kalo darjah 1 aha..tp tu lah kan gambaran masa depan bakal guru..sabar sabar....

Selasa, 24 Ogos 2010

Jom buat esimen sebelum balik cuti berhari raya...

Sebelum tu aku nk ucap selamat buat esimen kepada semua budak budak kelas aku..dua 3 hari neyhh busy semacam jerr....kunjung mengunjung amalan mulia..haha...bukan aper kita orang duk di rumah sewa...jadi berkunjungan lah kerumah sesama kita..boleh haha biarpun belum hari raya yer ...tapi yang pasti hari khamis neyhh mesti jem teruk dekat dengan koop nk tahu kenapa haha...semua pergi binding esimen haha....



















sebelum tu nak bagi tau yer cuti raya nehh 3 minggu tau..haha ehh yer kerr...hah kepada yg rajin pergi buat ROS/SBE/PBS di negeri orang tu duduk baik baiklah yer haha aku buat kat sekolah dekat dengan rumah aku ..jadi 3 minggu lerr duk umah..syoknyaa..




Khamis, 19 Ogos 2010

Panas yang Terik...

cuaca hari ni panas sangat di kawasan PC ni wehh..tapi tengok keadaan awan tu nampak macam nak hujan jerr tapi ingat orang lama lama pesan guruh dilangit air di tempayan jangan dicurahkan ....
aduss kelas aku abes sampai kul 1. 45 petang ari ni sambung terus sejurus selepas kelas Geometry yang amat faham sekali...haha kenapa faham haha tersenguk senguk dalam kelas tadi ...mengantok macam orang didodoi oleh lagu melayu klasik haha...puas aku cuba membuka luas luas mata ni tapi ..masih lagi tersenguk haha tulisan nota aku macam tulisan DR dh weh haha...ikhtiar yang paling akhir aku bangun dan berdiri haha...reda la cikit lagu lagu melayu asli tadi haha...aku pun dah habes ikhtiar cuba untuk elakkan mengantok dalam kelas haha kawan kawan aku yang lain macam tu jugak kot haha...
oleh sebab melihatkan semua pelajar nehh faham jadi pensyarah pom menghabiskan awal lah kelas tadi huhu lega aku...
selepas itu..aku terus tido secara tidak rasmi dengan berbantalkan lengan diatas meja...terus lena ...zZzzzzz
hampir 15 minit jugak aku tido dapat lah meenghilangkan rasa yang amat pelik tadi macam mabuk jer mangantok haha ehhh jangan ingat aku pernah mabok haha...
untuk kelas yang seterusnya BI dapat la cket aku fokus huhu...sejam jer pom...
selepas abes kelas tadi aku terus memecut balik ke rumah haha sebelum tu singgah di stesen minyak dulu ...minyak dah nak habes dah haha.....
dalam perjalanan walupun dekat tapi bahang panas matahari menusuk lengan aku neyhh.pedih ....
masuk dalam rumah duk dekat dengan kipas fuhhhhhhhhhh bayu sejukk...tapi tak mengantok macam dalam kelas tadi pula haha..pelik pelik....

ketika perut berbicara

selamat malam..semua haha sebab aku post di wall blog aku ni wktu malam hahaha
wehh malam ni aku ader kelas sampai kul 11 15 minit malam haha tepat kan aku kira sebab tiap saat tiap minit aku tngk jer jam polo kt tangan aku neyh haha
sambil mengangguk angguk faham aku terus mengiakan apa yg disarahkan oleh pensarah dihadapam.. huhu
pelik bin ajaib jgk kenapa la nk wt kelas mlm mlm niee...ooo patot la sebab nk bg tk limat kerja kurus..yg begitu tragis sejarahnya haha
haha lupakan saja pasal kerja dulu balik terus on line perut berbicara sendiri huhu...
wehh dh pukul 12 lbh dh nie...nk lagi kerrr
aku pekak kan telinga dan pasang lagu kuat kuat sambil minum jus tembikai yg dibeli kt bazar Ramadhan td.....
alhamdulilah kenyang dh sikit....
wahai perut yg setia cuba bertahan untuk bersahur....

Jumaat, 6 Ogos 2010

suka ke pergi hospital..

dengan penuh tanda tanya aku postkan persoalan ini..
adakah korang semua suka pergi ke hospital??
seriusly aku tk suka sebenarnya ke hospital kerana mengingatkan penderitaan kesakitan..
hidup ni biarlah susah atau payah tp yang penting tk sakit sihat...

Isnin, 2 Ogos 2010

Penerokaan Baru

mcm kanak-kanak dapat permainan jer untuk pertama kalinya berteriak wei wei aha ha..haha oh macm tu eh eh salah salah...oooo haha
aku meneroka bidang pembuatan blog ni haha.
tekan sana tekan sini tekan situ semua benda baru bagi aku.
eh eh rasa macam gumbira pulak dah dapat meneroka kilang pembuatan blog ini..
dengan harapan dapat la meneroka dengan lebih mendalam lagi bidang ini yang luas seluasnya..aduss..
rasa macm pelik jer tapi harap harap terbiasa dan menjadi kelaziman deh..haha mcam teori Murid dan Alam Belajar pulop doss..ah..
belok mana mana pom pusing sampai pening pon ini merupakan percubaan berani aku untuk mengisi masa lapang...selain dari berbuku muka haha....aku rasa macm tk best mana dos main Fb ney wehh..
aku duk tunggu apa la pula yer lamn sosial yg akan menjadi ketagihan remaja dan org tua tua haha
tp aku rasa ajaib sungguh macam mana Fb ni bules menjadi kegilaan di negara nehh..


teroka punya teroka dapat jugak lah ilmu berkaitan dgn blog ni...tp sungguh weh..sedap serupo nasi kerabu main benda ni haha......
teroka dan terus meneroka..